Soalan:
Pada cuti sekolah yang lalu, kamu telah bercuti di kampung datuk dan nenek kamu.Ceritakan pengalaman kamu sepanjang berada di sana.

Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah berpeluang pulang ke kampung datuk dan nenek saya yang terletak di Kota Belud. Saya bertolak ke sana pada awal pagi dengan menaiki bas dari Kota Kinabalu. Datuk menunggu saya di stesen bas Pekan Kota Belud.

Setibanya di rumah datuk, nenek sedang menunggu dengan hidangan makan tengahari. Saya makan dengan berselera sekali kerana terlalu lapar, tambahan pula masakan ikan haruan dan puyu yang nenek sediakan amat menyelerakan.

Setelah berehat dan bersolat zohor, datuk mengajak saya ke sungai yang terletak tidak jauh dari rumahnya untuk memancing dan melihat lukah yang ditahannya. Saya sangat seronok kerana inilah aktiviti yang amat saya tunggu-tunggu. Datuk mengajar saya teknik memancing ikan di sungai. Saya bersorak kegembiraan apabila dapat memancing seekor ikan sebarau yang agak besar. Datuk hanya tersenyum melihat gelagat saya.

Pada sebelah petang pula, datuk mengajak saya ke sawahnya. Sawah datuk sangat luas. Di sini, saya berpeluang melihat beberapa orang petani bekerja di sawah mereka. Ada yang sedang merumput, membaja dan membaiki batas-batas sawah. Datuk mengatakan bahaha padi-padi tersebut akan dituai pada bulan hadapan. Saya berasa agak kececa kerana tidak berpeluang melihat kerja-kerja menuai padi.

Keesokan harinya, beberapa orang sepupu saya mengajak saya ke hutan untuk mencari buluh. Mereka bercadang untuk membuat  wau. Saya berasa sangat teruja kerana ini adalah peluang keemasan kepada saya untuk belajar membuat wau. Sepupu-sepupu saya mengajar saya menebang buluh, membelah, dan meraut buluh untuk dibuat wau. Setelah seharian bertungkus-lumus, saya berjaya membuat sebuah wau kucing yang sederhana besarnya. wau-wau yang kami buat akan kami terbangkan di padang berhampiran rumah datuk.

Setelah seminggu berada di rumah datuk dan nenek, ayah dan ibupun datangmenjemput saya pulang kerana cuti akan berakhir tidak beberapa lama lagi. Walaupun agak keberatan untuk meninggalkan kampung datuk dan nenek, tetapi saya berasa amat gembira kerana mendapat pelbagai pengalaman menarik pada cuti kali ini.

Post a Comment